Saturday, January 30, 2010

TERKINI...
Malam tadi sekitar jam 10.15mlm, Ust Syahir call ana memaklumkan satu kemalangan maut berlaku ptg semalam yang melibatkan pelajar Madinah dan jemaah Umrah Malaysia di Khulais. Maklumat yang diketahui hanya pelajar tersebut ada call Ust Lutfi lebih kurang jam 1ptg utk mengetahui lokasi penginapan kemudian selepas itu tiada lagi maklumat darinya. Kemudian ana call Ust Lutfi, dan Ust Lutfi mengesahkan dan memberitahu ana nama pelajar yang memandu kereta itu bernama Efendi dan seorang jemaah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut. Mangsa yang meninggal itu bernama Iskandar. Maklumat lanjut mengenai dimana mangsa yang cedera dan meninggal berada masih gagal diketahui.
Jam 10 pagi sekejap tadi ana dimaklumkan oleh Hj Arshad bahawa beliau telah berjumpa dengan salah soorang jemaah yang terlibat dengan kemalangan dan beliau menolongnya menghantarnya ke klinik. Kemudian Hj Arshad call Hj Khair konsulat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai jenazah dan mangsa yang cedera. Sekejap tadi ana di maklumkan oleh Hj Arshad bahawa sekarang jenazah Iskandar berada di Hospital Syisah dan mangsa yang cedera berada di Hospital Noor. Hj Khair Konsulat masih membuat urusan tuntutan jenazah dengan Polis. Proses setakat ini adalah pihak polis Makkah menunggu surat dari waris Allahyarham untuk urusan pengkebumian. Maklumat lanjut akan diupdate bila semua urusan selesai.
Kepada sahabat-sahabat Makkah yang berkelapangan sila standby untuk hadir ketika solat jenazah. Maklumat terkini akan ana maklumkan nanti. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Iskandar. (Al-Fatihah).
Hj Khuzz

Sunday, September 07, 2008

Sembelih Kambing

Cara baru heret kambing, tak perlu susah-susah cari tali...


Baru-baru ini saya ke tempat penyembelihan untuk menunaikan hajat seorang sahabat untuk menyembelih kambing bagi doa kesyukuran. Untuk makluman pembaca semua di Makkah ini semua binatang yang hendak di sembelih mestilah di bawa ke satu tempat khas yang dipanggil pusat penyembelihan. Kalau tak silap saya ada 3 pusat penyembelihan di sekitar Makkah ini dan tidak termasuk 1 pusat penyembelihan yang besar di Mina yang hanya di buka pada musim haji sahaja. So, Seperti biasa saya ke Pusat Penyembelihan Kakia kerana ia paling hampir dengan rumah. Ia menjadi kegemaran anak-anak saya kerana di luar pusat penyembelihan itu terdapat kedai-kedai menjual kambing. Maka disni mereka dapat melihat banyak kambing-kambing yang berbagai jenis. Bermula dari biri-biri sehinggalah jenis kambing yang terpernah kelihatan wajahnya di Malaysia.

Terlalu unik peristiwa di sini. Ini bukanlah pengalaman pertama aku tetapi pertama kali nak critekan kat blog ini so kene le buat interesting skit. Kalau kita kat kampung nak sembelih kambing seekor mungkin riuh sekampung atau sebahagian kampung akan riuh tetapi kat sini sembelih kambing hanya seorang saje. Tgkle gambar kat bawah ni. Kat kampung kita kalau nak sembelih kambing tu selalin dari tukang sembelih kena ada kurang-kurang 3 org lagi utk pegang kaki, tindih badan dan pegang tengkuk kambing itu tetapi kat sini sorang je utk semua itu. Sesetengah sahabat-sahabat kat sini kata, kenapa kambing-kambing disini mudah disembelih adalah sbb kambing-kambing kat sini mukmin dan alim2 belaka. Kambing kat kampung kita banyak bermazhab HADHARI sbb tu payah nak sembelih....hehehehe...










Selepas sembelih, orang yang sembelih kambing itu tadi hanya mengambil masa kurang dari 15 minit bukan untuk lapah tetapi dalam tempoh masa 15 itu siap cincang kecil2 daging kambing itu tadi. Masuk ke minit yang ke 20, semua daging kambing itu telah berada dalam bonet kereta. Itulah dinamakan "alah bisa tegal biasa" dimana kita yang tak biasa dengan keadaan inilah yan gmenyebabkan nak sembelih seekor kambing hampir riuh sekampung. Gambar di atas ini mungkin boleh menceritakan dengan lebih tepat situasi itu.

Abu Muslih

Sunday, August 17, 2008

Harash Jeddah

Hujung minggu baru-baru ni ana dan keluarga ke Harash Jeddah untuk mencari kain jubah raya untuk anak-anak. Tiba di sana sudah terasa suasana kedatangan Ramadhan Karim. Suasana di Harash walaupun biasanya sibuk bila malam minggu tetapi kesibukan yang ana alami hujung minggu lepas amat terasa lain sekali. Orang ramai telah mula membeli belah untuk menyambut datangnya Ramadhan dan seterusnya ketibaan Syawal. Kebanyakan peniaga sibuk melayan pelanggan yang mengunjungi kedainya. Keadaan ini lagi terasa apabila tiba waktu solat. Makmum melimpah sampai keluar masjid sehingga tiada tempat untuk solat dan terpaksa menanti imam pertama selesai dan barulah di Imamkan dengan Imam yang kedua. Itulah suasana yang ana rasai bila berkunjung ke Harash..

Sunday, August 03, 2008

Israk dan Mikraj Nabi s.a.w

“MAHA Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir.
ERTI Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam waktu yang singkat. Erti Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, yakni dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan yang bertingkat, terus menuju Baitul Makmur dan ke Sidratul Muntaha, ke Arasy untuk menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam. Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.
Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab, 11 bulan sebelum nabi hijrah atau disebut tahun kesebelas dari tarikh kenabiannya. Tahun ini dikenali juga sebagai tahun dukacita selepas kewafatan dua org yg di sayangi iaitu kematian datuknya Abu Talib dan kawafatan isteri baginda siti khadijah.Ketika itu nabi sedang tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah yang diapit oleh dua orang saudaranya bernama Jaafar bin Abi Talib dan Hamzah bin Abu Talib. Nabi s.a.w mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), lalu diisinya dengan iman dan hikmah kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’ tanda kenabian. Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril. Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat. Menurut sarjana sains, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan ruang cahaya, iaitu perdetik dapat menempuh jarak kira-kira 300,000 kilometer. Oleh itu, kecepatan buraq sekejap mata di antara Makkah sampai ke Palestin. Ahli sains juga mengakui bahawa didalam dunia ini cahayalah yang paling laju pergerakannya berbanding semua benda.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan bersolat dua rakaat seperti di Thaibah (Ma dinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan).Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan Jibril telah mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca.

Nabi juga menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi beberapa kaumnya.

Pada langit 1, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s.
Pada langit 2, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s.
Pada langit 3, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
Pada langit 4, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s.
Pada langit 5, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s.
Pada langit 6, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s.
Pada langit 7, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.

Di langit ketujuh ini Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk. Mengenai Baiul Makmur, ada pendapat menerangkan, Baitul Makmur itu adalah sebuah masjid di langit, yang letaknya setentang dan searah dengan Kaabah.

Sampai di langit ketujuh ini Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas lagi dengan nama Sidratul Muntaha dan terus ke Mustawa. Di sini Nabi diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis. Juga Nabi diperlihatkan bentuk malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya.Nabi s.a.w juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja.

Kini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w peristiwa Israk dan Mikraj dikenang umat Islam, malah pada penghujung Rejab sempena tarikh peristiwa terbabit diadakan acara memperingati melalui ceramah dan tazkirah berkaitan peristiwa itu. Di sesetengah negeri diadakan cuti umum Israk dan Mikraj sebagai penghormatan kepada peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Usaha itu memberi kebaikan kerana mengingatkan umat Islam, terutama generasi muda sejarah Islam seperti Israk dan Mikraj.

Tetapi cukupkah dengan hanya sekadar ceramah dan tazkirah sahaja bagi menyedarkan umat tentang peristiwa penting ini. Sepatutnya kita mengambil pengajaran yang lebih terhadap peristiwa penting ini. Pihak yang berkuasa sepatutnya memperuntukkan sesuatu peruntukan yang besar untuk menyedarkan lagi ummat.
Hari ini sambutan Israk dan Mikraj ini tidak ubah disambut seperti sambutan hari-hari yang dinamakan silih berganti seperti sambutan hari ibu, bapa, guru, jururawat dan valentine. Ianya hanya di rasa dan di sambut pada hari itu sahaja dan akan berlalu begitu sahaja. Sepatutnya peristiwa sepenting ini di dadalami dengan penuh keimanan. Pengajaran yang mesti diambil bukan terhadap kejadian itu sahaja tetapi ape yang dilihat dan dialami oleh Baginda Nabi s.a.w itu sepatutnya di titik beratkan lagi.
Selepas sambutan peristiwa ini sepatunya tiada lagi org perempuan yang mendedahkan aurat kerana Nabi melihat sendiri seksa bagi pelakunya. Org-org yg meninggalkan solat sepatutnya insaf dan tiada lagi org yang meninggalkan solat kerana siksanya juga diperlihatkan kepada nabi. Tiada lagi fitnah memfitnah kerana Nabi dilihat sendiri akan siksanya manusia yang memfitnah dimana manusia itu menggunting lidah-lidahnya sendiri dan kemudian lidahnya ditumbuhkan semula dan ia mengguntingnya lagi.
Selagi ummat tidak berubah selepas sambutan pihak berkuasa sepatutnya perlu mengambil tindakan yang lebih pro aktif.. Marilah sama-sama mengambil iktibar dan menjiwai pengiktibaran ini.

Hj Khuzz

Tuesday, July 29, 2008

Coretan 1

Di Makkah sekarang ini ramai pelajar dan yg dah bekerja balik bercuti sempena musim panas. So ada le beberapa famili dan orang perseorangan yang tinggal. Kami di sini telah melazimi setiap minggu akan mengadakan pertemuan antara semua kawan-kawan semalaysia. Kami telah menetapkan setiap hari rabu malam khamis adalah masa untuk bertemu kawan-kawan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama kami semua.
Kami mulakan solat isyak berjemaah kemudian adalah sedikit pengisian dari kawan-kawan yang akan di tugaskan memberi sedikit peringatan ringkas. Kemudian ada jamuan dan makan-makan. Sambil makan itu le kami sembang-sembang dan tukar-tukar pandangan dengan kawan-kawan.
Method pertemuan lazimnya kami buat di rumah ahli bekerja yang ada famili disisi. Setakat ini yang memenuhi kriteria ini ada 4 orang sahaja. Mereka adalah Haji Amin Yusof, Sdr Azam , Hj Hairul dan saya sendiri. So setiap minggu kami akan buat pusingan rumah ke rumah yg tersebut itu utk menjadikan lokasi pertemuan. Tetapi kini hanya 3 rumah sahaja yang available setelah Hj Hairul pulang bercuti. Beliau mungkin akan kembali dalam pertengahan bulan Ogos 08 ini tetapi lepas itu giliran Hj Amin pula akan bercuti sehinggal lepas raya... Lama tu... Giliran saya dah lepas so, sabar je le pulak melihat kawan-kawan balik kampung. hehehehe
Sekarang ini kawan-kawan dari Taif juga memohon untuk join sekali pertemuan mingguan kami ini maka bertambah le ahli kito org.
Ahli-ahli kami kini hanya terdiri dari kalangan yang bekerja dlm bidang telekomunikasi dan pelajar sahaja. Ada lagi kawan-kawan senegara yang bekerja di sektor lain di Makkah ini. Antaranya mereka yang terlibat dengan pembinaan Jamrat di Mina, pembangunan di Jabal Umar dan yang terbaru adalah kawan-kawan dari Felda D'saji yang telah membuka satu Restoran ala cafeteria dia bangunan berhampiran dengan Masjidilharam. Mereka ini masih belum menyertai team kami ini kerana masih mencari kesesuaian waktu. Insyaallah dalam masa terdekat ini kami akan cuba libatkan semua rakyat Malaysia yang berada di Makkah ini utk sama-sama menganggotai team kami ini.
Sekian dulu utk kali ini.... Wslmmm...

Sunday, July 27, 2008

Perihal diri

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Mahmood (SRTM) dari darjah 1 sehingga 6. Kemudian ke Sekolah Menengah Tengku Mahmood (SMTM). Selepas Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sekarang namanya telah diubah kepada PMR, saya telah dapat masuk ke Sekolah Teknik Terengganu (SMTT) dari tingkatan 4 dan 5. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Alhamdulillaj dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mula memasuki bidang kerja pada tahun 1992 sebagai Penbantu Penyelidik di UTM. Hampir dua tahun di UTM, saya meletakkan jawatan kerana terpaksa berpindah ke Kampus Induk di Skudai Johor. Pada ketika itu juga saya melanjutkan Pelajaran ke perigkat Sarjana Muda di UTM Kuala Lumpur. Selepas Itu saya bekerja di Yayasan Aminudin Baki Kuala Lumpur sebagai Pegawai Projek. Selepas itu saya mencari peluang lain yang agak bersesuain dengan bidang pengajian saya (electical comunication) dan Alhamdulillah pada 1997 saya ditawarkan bekerja dengan syarikat Sapura Digital Sdn Bhd. Saya kekal di sana selama 7 tahun walaupun nama syarikat saya itu telah bertukar nama sebanyak 3 kali. Hehehe....

Pada Ogos, 2003 saya memilih skim pemberhentian sukarela (VSS) dan hasrat hati ingin bekerja di luar negara seperti rakan-rakan yang terdahulu. Alhamdulillah pada Okt 2003 saya dapat peluang untuk bekerja di Saudi Arabia. Sjeak itulah saya berulang alik dari Saudi ke Malaysia. Pada awalnya kontrak saya di sini tak lama 3 - 5 bulan kemudian balik ke Malaysia semula. Dan apabila ada kerja lagi saya dipanggil ke Saudi semula. Sehinggalah pada tahun 2006 saya mendapat kontrak lama (1thn) di Saudi dan diempatkan di tempat yang paling Suci dan Berkat iaitu Makkah Al-Mukarramah.


Perihal keluarga pula, saya mendirikan rumah tangga ketika saya bekerja dengan sapura digital pada tahun 1998, Zaujah saya bekerja sebagai guru. Sehingga kina telah mempunya 3 org cahaya mata. Selepas saya mendapat kontrak lama di Saudi ni, zaujah saya telah memohon cuti tanpa gaji untuk mengikut suami dan Alhamdulilah pada tahun 2007 telah menapat kebenaran. So skrg zaujah dan anak-anak saya berada di Tanah Haram bersama-sama saya disini.

Wassalam..

Sunday, July 20, 2008

Pengenalan

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah Azzawajalla kerana masih memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua di samping terus menerus memberi rezeki untuk terus hidup dan menghirup udara segar di atas muka bumi ini.

Inilah coretan pertama saya dalam halaman ini, untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perkembangan teknologi alam cyber ini. Insan kerdil ini cuba berkongsi pendapat dan berita yang mungkin boleh dimanfaatkan mana-mana yg baik.


Ketika blog ini diwujudkan, saya masih berada di tanah haram Makkah al Mukarramah. Saya diamanahkan untuk bekerja disini dan peluang ini bagi saya amat ternilai dan bermakna sekali. Berapa lama lagi saya di sini tidak diketahui tetapi hati ini sentiasa berdoa agar dipanjangkan tempoh tinggal di tanah haram yang berkat ini.

Kini isteri dan anak-anak ada di sisi, maka amal ibadah bolehlah ditumpukan semoga peluang ini tidak sesekali dipersiakan.