اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah Azzawajalla kerana masih memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua di samping terus menerus memberi rezeki untuk terus hidup dan menghirup udara segar di atas muka bumi ini.
Inilah coretan pertama saya dalam halaman ini, untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perkembangan teknologi alam cyber ini. Insan kerdil ini cuba berkongsi pendapat dan berita yang mungkin boleh dimanfaatkan mana-mana yg baik.
Ketika blog ini diwujudkan, saya masih berada di tanah haram Makkah al Mukarramah. Saya diamanahkan untuk bekerja disini dan peluang ini bagi saya amat ternilai dan bermakna sekali. Berapa lama lagi saya di sini tidak diketahui tetapi hati ini sentiasa berdoa agar dipanjangkan tempoh tinggal di tanah haram yang berkat ini.
Kini isteri dan anak-anak ada di sisi, maka amal ibadah bolehlah ditumpukan semoga peluang ini tidak sesekali dipersiakan.
Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah Azzawajalla kerana masih memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua di samping terus menerus memberi rezeki untuk terus hidup dan menghirup udara segar di atas muka bumi ini.Inilah coretan pertama saya dalam halaman ini, untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perkembangan teknologi alam cyber ini. Insan kerdil ini cuba berkongsi pendapat dan berita yang mungkin boleh dimanfaatkan mana-mana yg baik.
Ketika blog ini diwujudkan, saya masih berada di tanah haram Makkah al Mukarramah. Saya diamanahkan untuk bekerja disini dan peluang ini bagi saya amat ternilai dan bermakna sekali. Berapa lama lagi saya di sini tidak diketahui tetapi hati ini sentiasa berdoa agar dipanjangkan tempoh tinggal di tanah haram yang berkat ini.
Kini isteri dan anak-anak ada di sisi, maka amal ibadah bolehlah ditumpukan semoga peluang ini tidak sesekali dipersiakan.
No comments:
Post a Comment