Tuesday, July 29, 2008

Coretan 1

Di Makkah sekarang ini ramai pelajar dan yg dah bekerja balik bercuti sempena musim panas. So ada le beberapa famili dan orang perseorangan yang tinggal. Kami di sini telah melazimi setiap minggu akan mengadakan pertemuan antara semua kawan-kawan semalaysia. Kami telah menetapkan setiap hari rabu malam khamis adalah masa untuk bertemu kawan-kawan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama kami semua.
Kami mulakan solat isyak berjemaah kemudian adalah sedikit pengisian dari kawan-kawan yang akan di tugaskan memberi sedikit peringatan ringkas. Kemudian ada jamuan dan makan-makan. Sambil makan itu le kami sembang-sembang dan tukar-tukar pandangan dengan kawan-kawan.
Method pertemuan lazimnya kami buat di rumah ahli bekerja yang ada famili disisi. Setakat ini yang memenuhi kriteria ini ada 4 orang sahaja. Mereka adalah Haji Amin Yusof, Sdr Azam , Hj Hairul dan saya sendiri. So setiap minggu kami akan buat pusingan rumah ke rumah yg tersebut itu utk menjadikan lokasi pertemuan. Tetapi kini hanya 3 rumah sahaja yang available setelah Hj Hairul pulang bercuti. Beliau mungkin akan kembali dalam pertengahan bulan Ogos 08 ini tetapi lepas itu giliran Hj Amin pula akan bercuti sehinggal lepas raya... Lama tu... Giliran saya dah lepas so, sabar je le pulak melihat kawan-kawan balik kampung. hehehehe
Sekarang ini kawan-kawan dari Taif juga memohon untuk join sekali pertemuan mingguan kami ini maka bertambah le ahli kito org.
Ahli-ahli kami kini hanya terdiri dari kalangan yang bekerja dlm bidang telekomunikasi dan pelajar sahaja. Ada lagi kawan-kawan senegara yang bekerja di sektor lain di Makkah ini. Antaranya mereka yang terlibat dengan pembinaan Jamrat di Mina, pembangunan di Jabal Umar dan yang terbaru adalah kawan-kawan dari Felda D'saji yang telah membuka satu Restoran ala cafeteria dia bangunan berhampiran dengan Masjidilharam. Mereka ini masih belum menyertai team kami ini kerana masih mencari kesesuaian waktu. Insyaallah dalam masa terdekat ini kami akan cuba libatkan semua rakyat Malaysia yang berada di Makkah ini utk sama-sama menganggotai team kami ini.
Sekian dulu utk kali ini.... Wslmmm...

Sunday, July 27, 2008

Perihal diri

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Mahmood (SRTM) dari darjah 1 sehingga 6. Kemudian ke Sekolah Menengah Tengku Mahmood (SMTM). Selepas Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sekarang namanya telah diubah kepada PMR, saya telah dapat masuk ke Sekolah Teknik Terengganu (SMTT) dari tingkatan 4 dan 5. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Alhamdulillaj dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mula memasuki bidang kerja pada tahun 1992 sebagai Penbantu Penyelidik di UTM. Hampir dua tahun di UTM, saya meletakkan jawatan kerana terpaksa berpindah ke Kampus Induk di Skudai Johor. Pada ketika itu juga saya melanjutkan Pelajaran ke perigkat Sarjana Muda di UTM Kuala Lumpur. Selepas Itu saya bekerja di Yayasan Aminudin Baki Kuala Lumpur sebagai Pegawai Projek. Selepas itu saya mencari peluang lain yang agak bersesuain dengan bidang pengajian saya (electical comunication) dan Alhamdulillah pada 1997 saya ditawarkan bekerja dengan syarikat Sapura Digital Sdn Bhd. Saya kekal di sana selama 7 tahun walaupun nama syarikat saya itu telah bertukar nama sebanyak 3 kali. Hehehe....

Pada Ogos, 2003 saya memilih skim pemberhentian sukarela (VSS) dan hasrat hati ingin bekerja di luar negara seperti rakan-rakan yang terdahulu. Alhamdulillah pada Okt 2003 saya dapat peluang untuk bekerja di Saudi Arabia. Sjeak itulah saya berulang alik dari Saudi ke Malaysia. Pada awalnya kontrak saya di sini tak lama 3 - 5 bulan kemudian balik ke Malaysia semula. Dan apabila ada kerja lagi saya dipanggil ke Saudi semula. Sehinggalah pada tahun 2006 saya mendapat kontrak lama (1thn) di Saudi dan diempatkan di tempat yang paling Suci dan Berkat iaitu Makkah Al-Mukarramah.


Perihal keluarga pula, saya mendirikan rumah tangga ketika saya bekerja dengan sapura digital pada tahun 1998, Zaujah saya bekerja sebagai guru. Sehingga kina telah mempunya 3 org cahaya mata. Selepas saya mendapat kontrak lama di Saudi ni, zaujah saya telah memohon cuti tanpa gaji untuk mengikut suami dan Alhamdulilah pada tahun 2007 telah menapat kebenaran. So skrg zaujah dan anak-anak saya berada di Tanah Haram bersama-sama saya disini.

Wassalam..

Sunday, July 20, 2008

Pengenalan

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah Azzawajalla kerana masih memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua di samping terus menerus memberi rezeki untuk terus hidup dan menghirup udara segar di atas muka bumi ini.

Inilah coretan pertama saya dalam halaman ini, untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perkembangan teknologi alam cyber ini. Insan kerdil ini cuba berkongsi pendapat dan berita yang mungkin boleh dimanfaatkan mana-mana yg baik.


Ketika blog ini diwujudkan, saya masih berada di tanah haram Makkah al Mukarramah. Saya diamanahkan untuk bekerja disini dan peluang ini bagi saya amat ternilai dan bermakna sekali. Berapa lama lagi saya di sini tidak diketahui tetapi hati ini sentiasa berdoa agar dipanjangkan tempoh tinggal di tanah haram yang berkat ini.

Kini isteri dan anak-anak ada di sisi, maka amal ibadah bolehlah ditumpukan semoga peluang ini tidak sesekali dipersiakan.